Thursday, 24 November 2011

SEBIJI PISANG ELAKKAN ANGIN AHMAR



Penduduk negara ini digalakkan memakan sekurang-kurangnya sebiji pisang  bersaiz besar sehari kerana ia mampu menghindarkan sekurang-kurangnya 50 % daripada penyakit angin ahmar. Ini kerana kandungan potassium yang tinggi dan mengurangkan kebekuan darah dalam tubuh manusia.Pisang juga mempunyai kandungan yang boleh bertindak sebagai penyahoksidan dalam badan manusia.Walaupun buah pisang mempunyai pelbagai khasiat  kesihatan tidak ramai yang mengambilnya kerana kurang pengetahuan.

IMEJ DIRI



SEBUAH CERMIN DAPAT MEMBANTU KITA,LIHATLAH DIRIMU KE DALAM CERMIN ITU TADI,MAKA IA AKAN MENYATAKAN SEJUJUR-JUJURNYA BAGAIMANA KEADAAN ANDA,SEBENARNYA KEADAAN INI TERMASUKLAH BENTUK MUKA,ALIS,MUKA,BENTUK DAN LAIN-LAIN LAGI.SEDANGKAN TEMAN-TEMAN ANDA TIDAK AKAN MENYATAKAN KEADAAN ANDA YANG SEBENAR-BENARNYA

Thursday, 27 October 2011

Friday, 21 October 2011

TIPS SIHAT CARA RASULLULLAH

1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasul selalu mengajak umatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan sholat sunah dan solat Fardhu,solat subuh berjamaah.
Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesihatan/ terapi penyakit TB
- Memperkuat fikiran dan menyihatkan perasaan


2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasul selalu senantiasa rapi & bersih, tiap hari kamis atau Jum’at beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi. “Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman” (HR Muslim)

3.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN 
Sabda Rasul :
“Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan) “(Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda :
Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi umat Islam dengan adanya puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan

4. GEMAR BERJALAN KAKI
Rasul selalu berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir,pori- pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung

5. TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah : “Jangan Marah”diulangi sampai 3 kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad belaka, tetapi lebih jauh iaitu  oleh kebersihan dan kesihatan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring
– Membaca Ta ‘awwudz, karena marah itu dari syaitan
– Segeralah berwudhu
– Sholat 2 Rokaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati

6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan kesan psikologis yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT

7. TAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga stabiliti hati & kesihatan jiwa, mental maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat. ::Ya Allah,bersihkanlah hatiku dari sifat sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat sifat mahmudah…:

9 Petua Untuk Hidup Lebih Bahagia

1. Jangan Takut dan khuatir
Perasaan takut dan khuatir merupakan fikiran kita yang paling tidak produktif. Sebahagian besar hal-hal yang kita khuatirkan atau takutkan tidak pernah terjadi. Jadi untuk apa kita khuatir dan takut?
2. Jangan Pernah Menyimpan Dendam
Dendam adalah hal terbesar dan akan menjadi beban terberat jika kita menyimpannya di dalam hati. Mahukah anda membawanya sepanjang hidup? …. Saya rasa tidak. Jangan sia-siakan tenaga kita dengan menyimpan dendam, sudah pasti tidak ada gunanya. Gunakanlah tenaga kita tersebut untuk hal-hal yang positif.
3. Fokus Pada Satu Masalah
Jika kita memiliki beberapa masalah, selesaikanlah masalah kita satu per satu. Jangan terpikirkan untuk menyelesaikan masalah secara sekaligus kerana justru akan membuat kita semakin stress.
4. Jangan Membawa Tidur Masalah Anda
Masalah adalah hal yang sangat buruk untuk kesehatan tidur kita. Fikiran bawah sedar kita adalah hal yang luar biasa yang dapat membuat kita gelisah dan tidur kita menjadi tidak nyenyak.
5. Jangan Mengambil Masalah Orang Lain Untuk Anda Selesaikan
Membantu orang lain yang menghadapi masalah adalahamalan yang mulia, tetapi jika kita mengambil alih untuk menyelesaikan masalah orang lain tersebut itulah kesalahan terbesar. Biarkanlah orang tersebut yang menyelesaikan masalahnya sendiri.

6. Jangan Hidup Pada Masa Lalu
Mungkin terasa nyaman bagi kita mengingat hal-hal yang menyenangkan pada masa lalu tetapi jangan anda terlena di dalamnya. Konsentrasilah dengan apa yang terjadi saat ini, kerana kita pun akan bisa merasakan banyak kebahagiaan di saat ini. Saya yakin kita akan mempunyai perasaan yang jauh lebih berbahagia jika kita merayakan apa yang terjadi saat ini dibanding dengan mengingat-ngingat kebahagiaan pada masa lalu.
7. Jadilah Pendengar yang Baik
Mungkin sebahagian besar orang termasuk saya  susah untuk menjadi pendengar yang baik. Justru sebaliknya kita mengharapkan orang lain yang mendengarkan omongan kita, tetapi sebetulnya dengan belajar mendengarkan orang lain, kita akan mendapatkan banyak hal baru yang dapat sangat berguna bagi kebahagiaan hidup kita.
8. Jangan Biarkan Kekecewaan Mengatur dan Bahkan Mengganggu Hidup Anda
Kasihanilah diri kita lebih dari apa pun, janganlah kita menyerah pada kekecewaan. Maju terus. Ambillah tindakan-tindakan positif dan lakukanlah dengan konsisten.
9. Bersyukurlah Selalu
Bersyukur dan berterimakasihlah atas semua yang kita dapatkan, bukan hanya hal yang positif saja tetapi juga hal yang negatif, kerana saya percaya dibalik setiap  yang negatif tersebut ada yang baik yang  kita boleh pelajari.